Tuesday, January 31, 2012

Pengajaran dari Kata Kerja dalam Bahasa Arab


Hari ini saya mahu kongsikan berkenaan dengan Kata Kerja dalam Bahasa Arab (الأفعال العربية). Ianya merangkumi tiga Kata Kerja yang utama iaitu :



  1. Kata Kerja yang telah berlaku (الفعل الماضي)
  2. Kata Kerja yang sedang @ akan berlaku (الفعل المضارع)
  3. Kata Kerja berbentuk arahan (الفعل الأمر)
Kalau tengok dari maklumat kat atas ni, semua orang yang belajar asas bahasa arab akan tahu perkara ni. Jadi, dari pengamatan saya yang penuh dhoif ini, Kata Nama dalam Bahasa Arab ini sebenarnya bukanlah satu benda yang sia-sia sebagaimana yang telah di tetapkan oleh cendiakawan Arab. Saya lihat, terdapat pengajaran tertentu yang boleh kita jadikan iktibar.

Okey, sekarang kita lihat bagaimana bergeraknya fungsi Kata Kerja ini untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Hal ini berbeza dengan Bahasa Melayu yang tidak mempunyai klasifikasi tertentu pada penggunaan Kata Kerjanya. 




  1. Fe'el madi (perbuatan yg lepas) - Supaya kita dapat mengimbau perlakuan yang lepas untuk dijadikan pengajaran.
  2. Fe'el mudhori' (perbuatan yang sedang @ akan berlaku) - supaya kita tidak akan melakukan perkara sia2 hasil dari pengajaran perbuatan yang lepas.
  3. Fe'el amar (perbuatan berbentuk arahan) - adalah molek kita mengajak dan menyeru orang sekeliling memperbanyakkan perbuatan yang baik kerna kita tidak mahu perbuatan yang lepas mengulang sejarah yang sama.
Dari penilaian ini, maka saya dapat simpulkan penggunaan Kata Kerja ini saling berkaitan antara satu sama lain. Ianya bergerak menuju satu matlamat yang positif (jika kita halakan matlamat itu ke arah yang baik).

Sebab apa saya katakan berbeza dengan Bahasa Melayu? Em, satunya Bahasa Melayu tidak mempunyai sebarang tanda pada perkataannya yang menunjukkan perubahan masa sepertimana Bahasa arab, hanya satu kalimah sudah cukup menunjukkan bahawa perkataan ini adalah yang sudah berlaku atau sedang mahupun berbentuk arahan. Bahasa Melayu memerlukan perkataaan sokongan untuk mencapai tujuan ini. Sebagai contoh :

  • Ali telah membasuh baju - menunjukkan Kata Kerja yang lepas
  • Ahmad sedang makan - menunjukkan Kata Kerja yang sedang berlaku
  • Pergilah kamu ke sekolah @ Tolong belikan saya buku - Kata Kerja Arahan

Lihat, di sini kita dapat lihat tiada kesatuan makna untuk satu-satu perkataan dalam BM melainkan disokong dengan perkataan lain yang mempunyai unsur-unsur tertentu. Sebab itu saya katakan Bahasa Arab sangat memberikan kesan kepada sesiapa yang menghayatinya. 

Pembahagian dalam Bahasa Arab ini adalah menjadi asas untuk mengenal BA. So, pakat-pakatlah dalami apa yang tersemat darinya. Saya tidak katakan pengajaran yang saya bawa dalam entri ini adalah berbentuk muktamad kerana saya tidak pernah lagi menjumpai sumber ini dari mana-mana kitab Lughoh, tetapi ianya adalah hasil dari sembang-sembang kosong dari benak saya.

Maka, untuk akhirnya buanglah yang keruh, ambillah yang jernih.

~Allahu ma3akum~


Saturday, January 28, 2012

Hukum Bulu Kucing

Alhamdulillah, hari ini bersembang-sembang dengan suami tiba-tiba terkeluar isu apa hukum bulu kucing kalau terbawa dalam solat? Al-maklumlah, kat rumah ni ada seekor pengarang jatung pisang bernama Jibek, seekor anak kucing yang kami bela sejak tuan asalnya balik ke malaysia for good. Seronok juga ada peneman kat rumah ni, kadang-kadang boleh juga buat buli... :D


Okey, berbalik pada hukum bulu kucing ni, menurut mazhab Syafie dan Hanbali, bulu kucing yang tertanggal dari tubuh badannya adalah najis. Bukan setakat kucing sahaja, malahan bulu binatang yang tidak halal dimakan akan menjadi najis apabila tertanggal dari tubuh badannya, samada semasa hidupnya atau selepas mati. Namun, menurut Hanafi dan Maliki, ia adalah suci. Untuk lebih mendapatkan informasi boleh rujuk link blog ni http://azharazizblog.blogspot.com/2009/06/hukum-bulu-kucing.html


Itu adalah hukum asalnya, tetapi setelah melihat ulasan Ustaz Azhar Idrus, rupanya bulu kucing ni adalah di dalam kategori najis yang dimaafkan. Tetapi, jangan anggap perkara ini remeh kerana kita harus mengambil tindakan yang lebih berhati-hati kerana dikhuatiri pada bulu tersebut terdapat najis. Saya melihat UAI tidak mengangkat perkara ini pada tahap syadid, kerana bukan mudah juga nak pastikan pakaian kita bebas dari bulu kucing, manalah tahu ada yang terselit tu kita tak nampak dan terbawa dalam solat. Jadi, perkara sebegini adalah dimaafkan. Untuk ulasan yang lebih lanjut, boleh juga tengok video ceramah UAI di bawah ini.


p/s : sila buat rujukan yang lebih pada ahli dalam bidang ini =)

~ Kerana Aku Jua Seorang Hamba~

Saturday, January 21, 2012

Sem Kedua Berakhir..

Alhamdulillah, hari ini saya dapat menulis kembali di blog ini. Amat-amat berterima kasih dan setinggi-tinggi rasa kesyukuran kepada Allah kerana memberikan nikmat yang melimpah ruah kepada kita sepanjang zaman. Dan tentu sekali nikmat Iman dan Islam itu yang perlu kita hargai sepanjang hidup ini...Hamdulillah..

Maka, pada hari ini secara rasminya markah exam untuk sem kedua sepanjang bergelar pelajar Master di Yarmouk University telah selamat menonjolkan diri. Tiga subjek yang saya ambil sepanjang sem telah selamat saya jalani dari awal sehingga akhir. Dan sekali lagi ucapan syukur yang tidak terhingga kerana saya telah mencapai target! Untuk madah sem ni :

1) Manahij Bahas fil Lughoh wal Adab - Dr. Arsan Romini
2) Nadwah fi Aswat Al Arabiyah wa Tasrifiha - Dr Ali Hamad
3) Nadwah fi Feqh Lughoh Al Arabiyah - Dr Ahmad Abu Dalu

Terasa usaha yang ditanam pada sem ini membuahkan hasil, Alhamdulillah ya Allah..Hanya kepadaMu daku mengadu nasib dan rasa gembira ini, semoga diri ini tidak menjadi hamba yang lupa dan alpa dengan segala nikmatmu. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya 'Aziz, Engkaulah ya Allah tuhan yang Maha Agung!..

Disini saya mahu kongsikan pengalaman sepanjang sem ini yang mana saya mahu catatkan ia sebagai titik manis dalam hidup saya.

1- Sem ini sem pertama bergelar isteri. Tanggungjawab seorang isteri dan pelajar itu tidak pernah membebenkan malah sentiasa tercalit rasa bahagia.

2- Berpindah ke rumah baru seawal sem bermula dan mengambil masa sebulan untuk mengemaskini rumah baru.

3- Rumah baru di tingkat 4, ditambah pula cuaca yang sangat sejuk..memang 'best' nak study.

4- Subjek bersama Dr Ahmad Abu Dalu memang menguji ketahanan fizikal dan mental. Apa yang boleh saya katakan madah ini merupakan madah yang paling banyak sekali kerja dan paling sedikit sekali markahnya. Memang nak kata Dr ni tak main pilih kasih, bagi markah ikut penilaian dia. Tapi, saya suka cara Dr ini. Memang teliti dan kemas!

5- Masih terus untuk membiasakan diri sebagai satu-satunya Melayu dalam kelas.

6- Sem ini paling banyak musyarakah dalam kelas, sebab salah satu misi sem ini adalah mencabar diri sendiri untuk jadi lebih berani. Alhamdulillah, sempat buat satu presentation dan munaqosyah bahas untuk semua subjek.

7- Rasanya sem ni banyak juga berhiwar dengan rakan arab, walaupun agak broken tetapi dipaksa juga untuk bercakap untuk lebih praktikalisme.

8- Percubaan membuat bahas dengan tajuk "perbezaan uslub bahasa arab dan melayu" pada sem ni memang banyak memberi input berguna kepada saya.


Senarai di atas ini serba sedikit kenangan yang saya rasakan berbeza dengan sem-sem yang lain. Memang benar jika dikata, sangat puas dan seronok jika kita dapat markah tinggi lebih-lebih lagi setelah berpenat lelah dengan subjek tersebut. Tetapi, jauh di sudut hati selalu berkata masih banyak lagi yang aku tidak tahu... Terasa tingginya markah yang aku dapat ini bukan di atas usahaku sendiri malah lebih kepada belas kasihan pensyarah kepadaku..

Sebagai manusia, kita seronok jika dipuji manusia. Dan terasa hina, bila dikeji dan dikritik. Tapi disebalik pujian itu terselit 1001 ujian buat kita. Nah, markah yang tinggi juga merupakan satu ujian supaya lebih beringat bersyukurkah kita terhadap nikmat Allah, adakah kita rasa apakah perasaan rakan-rakan yang tidak mencapai target tetapi telah berusaha sedaya mereka untuk berjaya. Jangan sombong wahai diri..

Pernah dulu memasang niat untuk tidak menyambung pelajaran lagi di Jordan. Rasanya sangat penat untuk berjauhan dengan famili dan sanak saudara. Namun, inilah hakikatnya! Bukan nama dan pangkat yang ku cari tetapi ilmu Allah.. Mungkin diri banyak lagi kekurangan dan banyak lagi kisah-kisah kehidupan yang perlu saya teladani di sini lebih-lebih lagi bersama suami sekarang ini. Jordan tempatnya!...

Wahai diri-diri yang ada.. saya jamin jika ditanya saat manakah paling manis untuk dikenang dalam hidup? Sudah tentunya, saat kita menuntu ilmu tidak kira waktu sekolah rendah, menengah, kolej, uni...hatta di pondok-pondok, ilmu itu sangat seronok untuk ditimba walaupun agak jerih untuk memperolehinya. Itulah satu perjuangan.

p/s : terasa masih kaku untuk menulis...

~Kerana Aku Jua Seorang Hamba~


Tuesday, December 6, 2011

Bermula Disini




Alhamdulillah...


Hari ini saya memulakan menulis entri yang pertama. Dulu, pernah membuat satu blog dan pernah juga men'delete'nya kerana difikirkan tidak lagi relevan blog itu untuk saya perkembangkannya. Mungkin, terlampau memikirkan kata-kata mereka. Nah, baca atau tidak mereka itu, saya tekadkan juga untuk membuat blog baru agar kepuasan diri dapat dipenuhi.


Bermula tahun baru Hijri 1433 ini, mudah-mudahan segala gerak kerja saya akan dapat diperhalusi dan diperkemaskan lagi untuk menjadi seorang isteri yang solehah kepada suami tercinta, menjadi pelajar yang lebih berdisiplin untuk menyiapkan segala tugasan yang diberi, dan yang paling penting untuk menjadi hamba Allah yang taat kepada suruhan-Nya.


~Awan Aspirasi~...itulah kalimah yang tertera di atas blog ini. Mengapa awan? kerana untuk menggapainya amatlah sukar, dan jika dapat digapai mana bisa kamu memegangnya bukan? Namun, untuk kamu menggapainya bukanlah satu yang mustahil walaupun kamu hanya bermimpi untuk memegangnya. (agak berbelit di situ)..=) Apa yang ingin saya bawakan dengan nama blog ini adalah, saya ingin sekali mencapai dan menggapai cita-cita tertinggi saya walau payah bagaimanapun ia, dan semoga cita-cita ini terus menjadi aspirasi dan inspirasi saya dalam mengejar gelaran mukmin sejati.


Orang kata, untuk menilai seseorang itu adalah melalui cara percakapannya, cara penulisannya, cara makannya, cara pergaulannya, cara tidurnya dan bermacam-macam cara lagi. Memang benar apa yang dikata, namun bagi saya untuk kita kenal seseorang itu bukanlah mengambil masa yang singkat dan pantas melalui apa yang kita lihat dari cara hidupnya. Perlu ada 'kenal dan faham' dalam erti kata lain perlukan penelitian dan bukan sekadar first impression. Orang putih pun ada kata 'don't judge a book by its cover'. So, itulah yang saya maksudkan dalam kata-kata saya. Hipotesis awal mengenai seseorang itu boleh kita simpulkan, namun jangan ambil ia sebagai kesimpulan akhir dalam mengenal hamba Allah yang bernama manusia ini. Hidup ini penuh teka teki.


Jadi, saya harap saya juga dapat menukar mind setting saya dalam bermuamalat dengan orang lain. Cuba praktikkan husnu zhon dalam kehidupan seharian kita, barulah diri tidak tertekan dan ceria selalu, saya jamin ini!


Sebelum menutup tirai entri kali ini suka saya mengingatkan diri ini : Lakukanlah perubahan dan sentiasa tajdid niat dalam pekerjaan kita, dan jangan takut untuk berubah, kerana kita perlu berubah bukan kerana menusia sekeliling kita, tetapi untuk Zat yang paling Agung, Allah Azza wa Jalla..


::Kerana Aku Jua Seorang Hamba::