Tuesday, December 6, 2011

Bermula Disini




Alhamdulillah...


Hari ini saya memulakan menulis entri yang pertama. Dulu, pernah membuat satu blog dan pernah juga men'delete'nya kerana difikirkan tidak lagi relevan blog itu untuk saya perkembangkannya. Mungkin, terlampau memikirkan kata-kata mereka. Nah, baca atau tidak mereka itu, saya tekadkan juga untuk membuat blog baru agar kepuasan diri dapat dipenuhi.


Bermula tahun baru Hijri 1433 ini, mudah-mudahan segala gerak kerja saya akan dapat diperhalusi dan diperkemaskan lagi untuk menjadi seorang isteri yang solehah kepada suami tercinta, menjadi pelajar yang lebih berdisiplin untuk menyiapkan segala tugasan yang diberi, dan yang paling penting untuk menjadi hamba Allah yang taat kepada suruhan-Nya.


~Awan Aspirasi~...itulah kalimah yang tertera di atas blog ini. Mengapa awan? kerana untuk menggapainya amatlah sukar, dan jika dapat digapai mana bisa kamu memegangnya bukan? Namun, untuk kamu menggapainya bukanlah satu yang mustahil walaupun kamu hanya bermimpi untuk memegangnya. (agak berbelit di situ)..=) Apa yang ingin saya bawakan dengan nama blog ini adalah, saya ingin sekali mencapai dan menggapai cita-cita tertinggi saya walau payah bagaimanapun ia, dan semoga cita-cita ini terus menjadi aspirasi dan inspirasi saya dalam mengejar gelaran mukmin sejati.


Orang kata, untuk menilai seseorang itu adalah melalui cara percakapannya, cara penulisannya, cara makannya, cara pergaulannya, cara tidurnya dan bermacam-macam cara lagi. Memang benar apa yang dikata, namun bagi saya untuk kita kenal seseorang itu bukanlah mengambil masa yang singkat dan pantas melalui apa yang kita lihat dari cara hidupnya. Perlu ada 'kenal dan faham' dalam erti kata lain perlukan penelitian dan bukan sekadar first impression. Orang putih pun ada kata 'don't judge a book by its cover'. So, itulah yang saya maksudkan dalam kata-kata saya. Hipotesis awal mengenai seseorang itu boleh kita simpulkan, namun jangan ambil ia sebagai kesimpulan akhir dalam mengenal hamba Allah yang bernama manusia ini. Hidup ini penuh teka teki.


Jadi, saya harap saya juga dapat menukar mind setting saya dalam bermuamalat dengan orang lain. Cuba praktikkan husnu zhon dalam kehidupan seharian kita, barulah diri tidak tertekan dan ceria selalu, saya jamin ini!


Sebelum menutup tirai entri kali ini suka saya mengingatkan diri ini : Lakukanlah perubahan dan sentiasa tajdid niat dalam pekerjaan kita, dan jangan takut untuk berubah, kerana kita perlu berubah bukan kerana menusia sekeliling kita, tetapi untuk Zat yang paling Agung, Allah Azza wa Jalla..


::Kerana Aku Jua Seorang Hamba::

No comments:

Post a Comment