Saturday, January 21, 2012

Sem Kedua Berakhir..

Alhamdulillah, hari ini saya dapat menulis kembali di blog ini. Amat-amat berterima kasih dan setinggi-tinggi rasa kesyukuran kepada Allah kerana memberikan nikmat yang melimpah ruah kepada kita sepanjang zaman. Dan tentu sekali nikmat Iman dan Islam itu yang perlu kita hargai sepanjang hidup ini...Hamdulillah..

Maka, pada hari ini secara rasminya markah exam untuk sem kedua sepanjang bergelar pelajar Master di Yarmouk University telah selamat menonjolkan diri. Tiga subjek yang saya ambil sepanjang sem telah selamat saya jalani dari awal sehingga akhir. Dan sekali lagi ucapan syukur yang tidak terhingga kerana saya telah mencapai target! Untuk madah sem ni :

1) Manahij Bahas fil Lughoh wal Adab - Dr. Arsan Romini
2) Nadwah fi Aswat Al Arabiyah wa Tasrifiha - Dr Ali Hamad
3) Nadwah fi Feqh Lughoh Al Arabiyah - Dr Ahmad Abu Dalu

Terasa usaha yang ditanam pada sem ini membuahkan hasil, Alhamdulillah ya Allah..Hanya kepadaMu daku mengadu nasib dan rasa gembira ini, semoga diri ini tidak menjadi hamba yang lupa dan alpa dengan segala nikmatmu. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya 'Aziz, Engkaulah ya Allah tuhan yang Maha Agung!..

Disini saya mahu kongsikan pengalaman sepanjang sem ini yang mana saya mahu catatkan ia sebagai titik manis dalam hidup saya.

1- Sem ini sem pertama bergelar isteri. Tanggungjawab seorang isteri dan pelajar itu tidak pernah membebenkan malah sentiasa tercalit rasa bahagia.

2- Berpindah ke rumah baru seawal sem bermula dan mengambil masa sebulan untuk mengemaskini rumah baru.

3- Rumah baru di tingkat 4, ditambah pula cuaca yang sangat sejuk..memang 'best' nak study.

4- Subjek bersama Dr Ahmad Abu Dalu memang menguji ketahanan fizikal dan mental. Apa yang boleh saya katakan madah ini merupakan madah yang paling banyak sekali kerja dan paling sedikit sekali markahnya. Memang nak kata Dr ni tak main pilih kasih, bagi markah ikut penilaian dia. Tapi, saya suka cara Dr ini. Memang teliti dan kemas!

5- Masih terus untuk membiasakan diri sebagai satu-satunya Melayu dalam kelas.

6- Sem ini paling banyak musyarakah dalam kelas, sebab salah satu misi sem ini adalah mencabar diri sendiri untuk jadi lebih berani. Alhamdulillah, sempat buat satu presentation dan munaqosyah bahas untuk semua subjek.

7- Rasanya sem ni banyak juga berhiwar dengan rakan arab, walaupun agak broken tetapi dipaksa juga untuk bercakap untuk lebih praktikalisme.

8- Percubaan membuat bahas dengan tajuk "perbezaan uslub bahasa arab dan melayu" pada sem ni memang banyak memberi input berguna kepada saya.


Senarai di atas ini serba sedikit kenangan yang saya rasakan berbeza dengan sem-sem yang lain. Memang benar jika dikata, sangat puas dan seronok jika kita dapat markah tinggi lebih-lebih lagi setelah berpenat lelah dengan subjek tersebut. Tetapi, jauh di sudut hati selalu berkata masih banyak lagi yang aku tidak tahu... Terasa tingginya markah yang aku dapat ini bukan di atas usahaku sendiri malah lebih kepada belas kasihan pensyarah kepadaku..

Sebagai manusia, kita seronok jika dipuji manusia. Dan terasa hina, bila dikeji dan dikritik. Tapi disebalik pujian itu terselit 1001 ujian buat kita. Nah, markah yang tinggi juga merupakan satu ujian supaya lebih beringat bersyukurkah kita terhadap nikmat Allah, adakah kita rasa apakah perasaan rakan-rakan yang tidak mencapai target tetapi telah berusaha sedaya mereka untuk berjaya. Jangan sombong wahai diri..

Pernah dulu memasang niat untuk tidak menyambung pelajaran lagi di Jordan. Rasanya sangat penat untuk berjauhan dengan famili dan sanak saudara. Namun, inilah hakikatnya! Bukan nama dan pangkat yang ku cari tetapi ilmu Allah.. Mungkin diri banyak lagi kekurangan dan banyak lagi kisah-kisah kehidupan yang perlu saya teladani di sini lebih-lebih lagi bersama suami sekarang ini. Jordan tempatnya!...

Wahai diri-diri yang ada.. saya jamin jika ditanya saat manakah paling manis untuk dikenang dalam hidup? Sudah tentunya, saat kita menuntu ilmu tidak kira waktu sekolah rendah, menengah, kolej, uni...hatta di pondok-pondok, ilmu itu sangat seronok untuk ditimba walaupun agak jerih untuk memperolehinya. Itulah satu perjuangan.

p/s : terasa masih kaku untuk menulis...

~Kerana Aku Jua Seorang Hamba~


No comments:

Post a Comment